Bunga ekor kucing ini rupanya-rupanya boleh dijadikan ubat mengikut apa yang aku baca dalam majalah Laman.
Ni spesies yang kecil dan pokok bunga gantung..yang ni aku panggil bunga ekor anak kucing..
Pokok rerama kat rumah aku ada dua jenis satu yang berdaun merah dan satu lagi yang berdaun hijau...yang hijau itu sebenarnya induknya dah mati..tetiba aku lihat anaknya tumbuh dlm bks pam air tandas yg ku ubah suai jadi pasu bunga...tak membazir duit.hihi..
Bunga Lolipop yang ada kat rumah aku warna merah je..yg ni senang disemai dan mudah hidup dan suka berbunga kalau kena cahaya matahari tetapi cepat layu kalau malas untuk disiram.Katanya bunga ini juga ada warna kuning tetapi banyak kali dah aku singgah kat beberapa nurseri yang biasa aku membeli tetapi setakat ni tiada lagi.
Bunga lolipop yang warna merah kat rumah aku
Ni pula yang aku ingin miliki..gambar ni aku cari n tanya dengan pak cik net (internet)😄😃😃😄
hah..baru berbunga setelah sekian lama tanam spesies bromiliad..apapun cantik juga bunganya..rasa tenang dan damai.
selamat mekar bunga2 ku di taman Casa Mohaz Nuansa Impiana.
0 ulasan:
Catat Ulasan