Setiap orang tahu bahawa buah-buahan dan sayuran mempunyai kesihatan yang banyak kepada tubuh badan kita.Tapi bagaimana pula penerimaan menu makanan ini oleh anak-anak?
Anak-anak kecil sudah tentu tidak mengemari kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang disediakan oleh ibu bapa mereka.Oleh itu,kaum ibu terutamanya mencari pelbagai alternatif untuk menghidangkan menu berkenaan kepada anak-anak mereka.Lihat saja iklan dalam tv, ingat tak dengan satu iklan yang ibu menyediakan buah-buahan atau sayur-sayuran maka anak itu mengatakan..."ahh, sayur", satu lagi ungkapan..."adik makan apa"? "adik makan yang adik sukalah"(buah dan sayur diketepikan oleh anak itu dan langsung tidak disentuhnya)
Oleh itu, ibu bapa atau orang dewasa sepatutnya menunjukkan contoh pemakanan yang baik kepada anak-anak.Umpamanya mengambil buah-buahan dahulu sebelum makan makanan kegemaran.
Selain itu, cuba tukar corak pemberian buah-buahan atau sayuran tadi dalam bentuk fizikalnya yang asal ke bentuk penyediaan jus minuman.Anak-anak akan melihat warna jus buah-buahan yang menarik lalu tertarik untuk meminumnya.
Antara jus yang berkhasiat untuk mata anak-anak cubalah resipi ini.
Jus tembikai delima.
Bahan:
100g tembikai-dipotong
60g delima
50g ubi bit/karot,dipotong
100ml susu kacang soya
1 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan jus lemon
3 ketul ais
Cara membuat:
1.Masukkan ketulan tembikai,karot,delima,susu kacang soya,susu pekat manis,jus lemon dan ais ke dalam
bekas pengisar.
2.kisar sehingga hancur,lalu tapis.
3.Jeng..jeng jus siap untuk dituang ke dalam gelas hidangan. Minum segera.Selamat mencuba
Buah-buahan dan sayur-sayuran banyak khasiatnya
6:20 PTG |
Label:
Jom! sembang-sembang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan