Bajet 2012 telah pun dibentangkan oleh PM kita.Kali ini ada pihak yang mendapat manfaat daripada pembentangan bajet berkenaan terutama rakyat.Maka bajet kali ini bertepatan dengan cogankata "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan".Kita lihat rakyat dapat faedah besar dalam pendidikan.Tahun depan ibu bapa tidak perlu lagi membayar yuran persekolahan yang tinggal hanya yuran pibg.Agak-agak PIBG janganlah melamapu sangat dalam mengenakan bayaran.Perlu ikut situasi di mana sekolah berada dan pendapatan ibu bapa yang menghantar anak di sekolah berkenaan.
Selain itu,kakitangan awam juga tidak ketinggalan kerana mendapat kenaikan gaji yang berpatutan berdasarkan gred.Tapi janganlah pula kaum peniaga di luar sana mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.Jika harga barang semakin naik tiada juga kenikmatan naik gaji untuk dinikmati oleh kakitangan awam...kerana kos kehidupan meningkat.Oleh itu,peranan kerajaan amat penting dalam memantau harga barang.Para peniaga pula haruslah mempunyai sikap akuantabiliti(kebertanggungjawaban) terhadap pengguna.Manakala pengguna pula gunalah kuasa anda sebagai pembeli.
Apa pun bajet kali ini tidak menaikkan cukai ke atas barangan seperti rokok/arak...pada hemat saya eloklah kiranya cukai ke atas barangan ini dikenakann lebih tinggi bagi menggurangkan amalan merokok yang dikatakan membahaya kepada kesihatan.
Bajet 2010 bajet yang menyinari rakyat satu Malaysia.Bersyukurlah kita dengan apa yang diperoleh dan diberi oleh negara tercinta dan kecapilah keamanan ini dengan turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam apa jua bentuk pemberian.Moga nanti
bajet 2013 yang akan dibentang dalam bulan oktober 2012 lebih memberi kepuasan kepada setiap nafas manusia yang bernyawa di muka bumi Malaysia.
Bicara bajet 2012
7:16 PG |
Label:
sembang isu semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan