RSS
Container Icon

Banjir dan bawaan penyakit

Penghujung musim banjir nampaknya kian berakhir...kalau awal bulan Januari baru-baru ini media massa memaparkan kejadian banjir di Pantai Timur sehingga ada sekolah yang ditutup atau dijadikan kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.Banjir atau bah ada positif dan negatifnya. Positifnya banyak rezeki yang diperoleh untuk mereka yang rajin...ada yang menjual ikan darat,permintaan yang tinggi untuk ubi kayu,sampah dibersihkan secara semulajadi dan sebagainya. Namun, ada juga bahana atau impak bah ini.Umpamanya semasa banjir banyak haiwan dan tumbuhan yang mati,harta benda musnah serta mendatangkan pelbagai penyakit bawaan.Penyakit-penyakit itu seperti taun,penyakit kulit,gatal-gatal,kepialu dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikan,sentiasalah kita berfikir tentang setiap sesuatu kejadian yang berlaku seperti banjir itu ada rahmat dan juga bencananya.Kadangkala ada juga banjir kilat yang berlaku angkara kerakusan manusia menodai alam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan