RSS
Container Icon

Banjir dan bawaan penyakit

Penghujung musim banjir nampaknya kian berakhir...kalau awal bulan Januari baru-baru ini media massa memaparkan kejadian banjir di Pantai Timur sehingga ada sekolah yang ditutup atau dijadikan kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.Banjir atau bah ada positif dan negatifnya. Positifnya banyak rezeki yang diperoleh untuk mereka yang rajin...ada yang menjual ikan darat,permintaan yang tinggi untuk ubi kayu,sampah dibersihkan secara semulajadi dan sebagainya. Namun, ada juga bahana atau impak bah ini.Umpamanya semasa banjir banyak haiwan dan tumbuhan yang mati,harta benda musnah serta mendatangkan pelbagai penyakit bawaan.Penyakit-penyakit itu seperti taun,penyakit kulit,gatal-gatal,kepialu dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikan,sentiasalah kita berfikir tentang setiap sesuatu kejadian yang berlaku seperti banjir itu ada rahmat dan juga bencananya.Kadangkala ada juga banjir kilat yang berlaku angkara kerakusan manusia menodai alam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maha Besar Kekuasaan Mu Ya Allah-daging ada kalimah Allah

"Malam ini sangat bosan...sambil ku menonton juara lagu ke 25...tiba-tiba jejariku terjumpa dgn satu blog santai yg begitu menarik kndgnnya".alamat blog itu ialah http://santaisini.blogspot.com/2010/10/daging-berupa-kalimah-allah-ditemui-di.html.
Info yang dtulis oleh penulis blog itu turutku muatkan tanpa sebarang adaptasi.Cuba anda baca info berkenaan...renung dan fikirkan lah sendiri.





"Pada 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di khemah perempuan, telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) pada sekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi berupa kalimah Allah. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.Pada sebelah pagi semasa melapah daging lembu tersebut, daging terasa seperti banyak, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi ada yang belum dilapah. Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer.Itu lah dia kekuasan Allah SWT.Wallahualam."MasyaALLAH ini adalah barokah sebenarnya……….Surau Pok Bakar Paka….mengamit memori silam….Mudah mudahan menjadikan kita hamba hamba Nya yang lebih bertaqwaFirman Allah yang maksudnya:"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya bagi mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."Surah Ar Rad ( Petikan teks asal daripada blog santaisini)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS