Adakah anda suka memasak?
Setiap hari kita bersembang hendak makan dan masak apa hari ini?
Cuba resipi ini supaya air tekak kita bertukar selera dengan juadah yang mudah disediakan ini.Selamat mencuba. Jika masakan anda menjadi sembang-sembanglah resipi ni kat kawan-kawan anda. Jika tak...diam-diam je la.
Cuba resipi ini supaya air tekak kita bertukar selera dengan juadah yang mudah disediakan ini.Selamat mencuba. Jika masakan anda menjadi sembang-sembanglah resipi ni kat kawan-kawan anda. Jika tak...diam-diam je la.
Resipi Sup Telur
Bahan2
4 biji telur
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh jintan manis
1" kulit kayu manis
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit su'un/sahun
daun sup dan bawang goreng
air secukupnya untuk kuah
Cara membuatnya
1. Halia, bawang putih, bawang merah, lada hitam dan jintan
manis ditumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga
agak kekuningan, masukkan air biarkan mendidih masukkan
kentang, biarkan hingga agak empuk masukkan pula carot dan su'un,
biarkan seketika, masukkan garam dan kemudian pecahkan telur sebiji2
ke dalam tu dan jangan dikacau
3. Bila dah agak telur dah masak tutup api dan masukkan daun sup.
4. Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang - kita tak letak pun sbb kehabisan bawang goreng.haha...
Salad Telur
Bahan salad
-daun salad
-3 biji telur - direbus dan buang kulit
2 biji tomato -potong
2 biji tomato -potong
1 biji timun- dipotong
bahan sos
1 biji kentang dibuang kulit dan rebus hingga empuk.
sedikit air panas (suam skit la)
2 biji cili merah - dibuang biji
2 sudu sos tomato
sedikit garam.
Cara Membuat
Kisar kentang rebus dengan air panas dan cili merah sehingga hancur.Campurkan dengan sos tomato dengan sedikit garam. Susun salad , tomato, timun dan telur dan siramkan sos tadi. siappppp.
Resipi Ketiga
Kerang Masak Serai
Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI
Bahan²
1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.camna...nak cuba resipi ini.Resipi lain mungkin tiadalah,sebab ini saja yang penulis pandai masak...tak termasuk masak telur goreng dan telur rebus...senangkan masak...tapi menunya masak telur aje...
0 ulasan:
Catat Ulasan