RSS
Container Icon

Seronoknya bercuti

Wow...seronoknya apabila perdana menteri umumkan cuti pada hari Jumaat bagi mereka yang tinggal di Pantai Barat dan Ahad untuk rakyat Pantai Timur kerana kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia.Syabas...Malaysia Boleh. Jadi, jomlah kita jelajah Terengganu...kali ini kita singgah di Pantai Kemasek dan Dungun.




bersama rakan bergambar di Taman Tasik Tanjung Sura, Dungun





sempat pose di waktu malam kat Pantai Kemasek












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melawat dan meingati jasa pahlawan

Sudah berapa tahun kita merdeka? Saya kira semua warga Malaysia tahu tarikh kemerdekaan negara tercinta. Tidak beberapa jam lagi kita akan sambut tahun 2011 dengan perasaan gembira dan azam baru.Apapun azam anda sudah tentu untuk mencapai satu matlamat...samalah matlamat negara kita yang berkonsepkan satu Malaysia.Namun, kenangi,hayati dan ingatilah jasa-jasa pahlawan tanah air kita.Jika tidak kerana mereka,mungkin detik slps 12 malam ni belum tentu kita dapat laung dan sambut tahun baru dengan aman damai.

**********Jom jalan Terengganu***********

Marilah kita melawat makam Tok Gajah.Salah seorang pejuang kebebasan tanah air kita.

papan tanda terletak di kuala berang dan kawasan Makam Tok Gajah


saya baru sampai di makam adik aku yg beria-ia nak ke makam arwah


selepas baca doa dan surah al-fatihah kepada arwah.Moga arwah mendapat pembalasan daripada Allah dengan sewajarnya.Moga roh arwah dicucuri rahmat.Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sajak...cuba selami dan hayati bait-bait kata secara mendalam

RINTIH HATI...PUISI SANG MANUSIA

Manusia!
Mungkin
Kau kuntum-kuntum terlara
Mungkin kau kuntum-kuntum mekar
Usah yang satu
Membelenggu membaluti
Nyahkan saja

Biar ia
Terlempar jauh di penghujung langit
Terbenam kukuh di bawah tanah
Tenggelam sepi di dasar laut

Sesekali
Manusia
Beruzlah dan bermeditasi...
Selak weltanschauung mu itu...
Kerna kau belum lagi
Musafir Gurun Sahara yang terhina

Kembalilah kamu
Mentafsir darul fana
Menunggu darul baqa
Jadikan hati insanmu itu
Hamba harapan musliman
Yang Ar-Rajak kepada Yang Esa
Sesungguhnya A'aim alam sementara
Bagaikan Widuri silih berganti
Renungilah manusia
Selagi yang satu tetap yang satu

( Penulis tamu: M.Hazli)

* Puisi ini merupakan puisi yang telah diterbitkan dalam majalah Dayasari (Kolej Dayasari Universiti Malaya) melalui ruangan Cetusan Kreatif pada tahun 1997/1998.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akhir tahun 2010 telah datang...2011 menggamit tiba

Banyak juga yang berlaku pada hujung tahun 2010 ni...minyak petrol RON 95 telah naik,begitu juga dengan harga gula...barang-barang keperluan lain mungkin naik juga harganya...cuma tunggu masa yang sesuai. Malah,isu peningkatan kos hidup juga berlaku sedangkan gaji sama ada kakitangan awam atau swasta macam biasa juga...semalam dalam berita jam 8.00 di TV3 (14/12/10) mengutarakan isu berpendapatan tinggi rakyat...

Mungkin langkah bijak dan proaktif Kementerian Kesihatan Malaysia melalui iklan terbarunya dengan menyarankan agar rakyat kurangkan pengambilan gula untuk kesihatan yang lebih baik.Kita tahu banyak kesan daripada pengambilan gula yang berlebihan. Pada persepi saya, jika kita ambil sedikit gula dalam pemakanan harian secara tidak langsung kita telah mengurangkan kos atau belanja duit dapur...sebabnya apabila kita kurangkan pengambilan gula,maka lambatlah gula habis,jadi jimatlah kita untuk keluarkan belanja membeli gula.He..he..satu pandangan yang tiada kajian dan kelakar bunyinya.

Hal lain yang kian kedengaran sembang-sembang orang-orang yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak kat kedai kopi sekarang ni soal membeli pakaian sekolah.Kasihan juga dengan orang-orang kampung yang bekerja sebagap penoreh getah,pesawah,petani dan sewaktu dengannya... al maklumlah musim tengkujuh ni fulus susah sikit nak masuk,jadi pening juga dia orang hendak menyediakan keperluan untuk anak-anak sekolah.

Orang bujang camna pulak? ada yang senyum kerana masih lagi ada baki beberapa minggu untuk melangsungkan tarikh perkahwinan. Ada juga yang berkira-kira duit masih lagi tidak cukup untuk membeli kereta atau motor idaman...

Apa-apapun cerita dan seribu kisah pada penghujung 2010 ni akan tinggal menjadi kisah dalam kehidupan harian kita. 2011 yang bakal tiba sudah tentu ada yang membuat azam baru walaupun azam tahun 2010 belum sempat ditunaikan. Diharap pada tahun baru 2011 nanti akan ada kebahagian,kemewahan,rezeki dan kecemerlangan berlaku kepada diri kita jika diizinkan Allah s.w.t. selepas kita melakukan usaha serta ikhitar yang bersungguh-sungguh untuk 2011 nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam Aidiladha



Semakin tiba 10 zulhijjah...laungan takbir jemaah haji di tanah suci turut dirasai di Malaysia nanti,ingatilah betapa besarnya pengorbanan nabi Ibrahim a.s,...justeru...saya ingin ucapkan selamat Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak sabar-sabar rasa nak cuti


Selepas penat bekerja...biasanya badan kita memerlukan rehat yang cukup.
Begitu juga dengan minda kita,perlukan rehat selepas kita berhempas pulas menggunakan akal untuk melakukan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya.Justeru,hujung minggu nanti ambillah peluang untuk memanfaatkan masa cuti anda bercuti dengan ahli keluarga atau orang tersayang. Bagi pelajar-pelajar dan warga pendidik cuti sekolah ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal.Walaupun ada yang bertugas semasa cuti tapi sekiranya masih ada baki cuti persekolahan,maka gunakanlah masa cuti itu dengan penuh berkualiti.Samalah kita menjana pendapatan negara.Cuti-cuti Malaysia. Pergilah bercuti dalam negara,kerana dalam negara sendiri juga banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Pulau Pangkor,Langkawi,Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan atau melihat seni batik lukis di Terengganu.Memang rasa tak sabar menunggu saat bercuti. Begitulah indahnya cuti,nyamankan hati,tenangkan fikiran dan lapangkan dada biarkan diri rasa gembira selepas tertekan serta letih bekerja.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resipi Masakan

Adakah anda suka memasak?
Setiap hari kita bersembang hendak makan dan masak apa hari ini?
Cuba resipi ini supaya air tekak kita bertukar selera dengan juadah yang mudah disediakan ini.Selamat mencuba. Jika masakan anda menjadi sembang-sembanglah resipi ni kat kawan-kawan anda. Jika tak...diam-diam je la.

Resipi Sup Telur
Bahan2
4 biji telur
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh jintan manis
1" kulit kayu manis
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit su'un/sahun
daun sup dan bawang goreng
air secukupnya untuk kuah

Cara membuatnya
1. Halia, bawang putih, bawang merah, lada hitam dan jintan
manis ditumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga
agak kekuningan, masukkan air biarkan mendidih masukkan
kentang, biarkan hingga agak empuk masukkan pula carot dan su'un,
biarkan seketika, masukkan garam dan kemudian pecahkan telur sebiji2
ke dalam tu dan jangan dikacau
3. Bila dah agak telur dah masak tutup api dan masukkan daun sup.
4. Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang - kita tak letak pun sbb kehabisan bawang goreng.haha...


Resipi kedua
Salad Telur
Bahan salad

-daun salad
-3 biji telur - direbus dan buang kulit
2 biji tomato -potong
1 biji timun- dipotong
bahan sos
1 biji kentang dibuang kulit dan rebus hingga empuk.
sedikit air panas (suam skit la)
2 biji cili merah - dibuang biji
2 sudu sos tomato
sedikit garam.

Cara Membuat
Kisar kentang rebus dengan air panas dan cili merah sehingga hancur.Campurkan dengan sos tomato dengan sedikit garam. Susun salad , tomato, timun dan telur dan siramkan sos tadi. siappppp.


Resipi Ketiga
Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI
Bahan²
1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.

camna...nak cuba resipi ini.Resipi lain mungkin tiadalah,sebab ini saja yang penulis pandai masak...tak termasuk masak telur goreng dan telur rebus...senangkan masak...tapi menunya masak telur aje...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Belajar Asas bahasa Sabah

Perkataan bahasa Sabah di bawah merupakan kutipan pengalaman penulis
ketika menetap di sana hampir 5 tahun...orang Sabah kalau silap tolong tegur bah...maklumlah kita budak baru belajar.he...he...

Ampai-ampai - terlantar
Ampus - lelah
Ambuyat, Ambulung (Kedayan) - sejenis makanan daripada sagu
Alun-alun - jalanraya
Buyuk - tipu
Bubut - kejar
Bahai - bakul (plastik atau kertas)
Betaap - berbonceng
Belo On (Bajau) - gila, senteng
Bah - penambahan kata
Bambangan - sejenis buah seperti quini
Belunu - binjai manis
Cangkir - cawan atau mug
Dalus - sejenis karangan laut
Golombon (Dusun) - gemuk
Hinava - sejenis makanan
Kelala (Berunai) - kenal
Kau-kau (Cina) - keras, pekat
Lugai-lugai (Macam bunyi Suluk pula kalu ini) - terkebil-kebil sendirian kan ertinya?
Mangkir - mungkir, tidak hadir
Ngam - kena, betul, tepat
Nda - tidak
Palui - kurang akal
Pok pok (Cina) - tipis, cair
Ping (Cina) - sejuk, ais
Tumpe' - sejenis makanan seperti 'pancake'
Tapau (Cina) - bungkus
Tarap - sejenis buah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RENUNGAN


Marilah kita menghayati kata-kata daripada Imam Hasan Al-Banna dan beruzlahlah kita akan kebenaran disebalik kalamnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS