RSS
Container Icon

CERITA ANAK-ANAK SEKOLAH KITA KINI

Apa dah Jadi?

Paparan muka-muka akhbar sejak akhir-akhir ini seringkali mendedahkan isu pelajar sekolah.Tak cukup dengan buli,pelajar-pelajar kini lebih berani bertumbuk atau berkelahi dengan menggunakan senjata tajam.Kalau kes pergaduhan itu membawa kepada kematian,tidakkah mereka takut untuk menanggung dosa besar?Kita tidak boleh menuding kepada pihak sekolah bulat-bulat tentang kegagalan mengawal disiplin sekolah.Mengapa hal ini dulu tidak terjadi?kalau adapun hanya kes-kes kecil sahaja.Apakah pelajar yang hidup dalam arus kemodenan ini sudah tidak ada adab ketimurannya?... yang tahu menghormati hak rakan dan tidak bersikap kurang ajar kepada guru mereka.Itu kisah pelajar lelaki kini yang sama ada cerita bulinya meletup dari negeri Malaysia Timur hingga gegak gempita pula kisahnya di Pantai Timur.Apa hal pulak dengan kisah pelajar perempuan?sedikit masa lalu kita diwar-warkan dengan pelajar perempuan melahirkan bayi dalam tandas,bergaduh sesama gender kerana berebut sang arjuna yang dicintai dan sebagainya.Tampaknya persoalan seks juga melanda "dunia sekolah"kini.Rasanya suatu tindakan yang melibatkan semua pihak harus dilakukan ke atas para pelajar.Hal ini demikian kerana merekalah generasi akan datang yang menerajui kepimpinan negara yang tercinta.Perkemaskan peraturan sedia ada,perketatkan disiplin,kalau boleh kembalikan kuasa merotan kepada pihak sekolah,guru-guru pula teruskan usaha juang mu jangan cepat mengalah walau di landa seribu kisah dan mengalas tak terkira beban.(kadangkala nasib guru kurang dibela...namun simpati dan ucapan tabah ku seru untuk guru yang disimbah asid).Emm...itu semua suatu kisah.Marilah kita semua duduk dalam satu permuafkatan bersama,menyelusuri persoalan ini,melihat isu secara rasional dan bertindaklah dengan penuh keadilan untuk semua.Sekiranya anda siapa atau tak kira siapa,bantulah dunia pendidikan kita sama ada memberi pendapat,mencegah jika lihat yang salah dan sebagainya.Apa yang anda lakukan amat berharga untuk semua dan kesinambungan peradaban anak bangsa Malaysia sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan