RSS
Container Icon

Lama Tak Menulis

Hampir setahun 4 bulan tak menulis kat blog ini..agak sibuk sikit..tiba-tiba dah tahun 2018
 Tapi apa pula yang hendak ditulis ini...

Coretan kali ini berkaitan penglibatan penulis sebagai pembentang kajian tindakan peringkat kebangsaan...tup..tup kali ini pengalaman pembentang kajian untuk kali kedua,tapi yang bezanya wakil untuk sekolah baharu dan daerah Besut.

Ni..buku prosiding yang diterbitkan dan dalam buku ini ada kertas kajian penulis.

Gambar 4 orang pelajar yang menjadi kumpulan sasaran penulis...mereka tengah buat ujian pra tu...fikir jangan tak fikir ye..hihi

  muka cute (hahaha ...perasaaan angkat diri sendiri) dan pipi semakin tembam ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG 2017

 Hai,apa khabar semua? Beberapa hari lagi tahun 2016 akan mengensot pergi..cuti sekolah pun dah hampir tamat...tahniah kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan UPSR dan PT3.Bagi pelajar SPM dan STPM yang sedang menunggu keputusan peperiksaan tu bolehlah menghabiskan masa lapang dengan membantu emak ayah atau melakukan kerja sambilan.Untuk para guru teruskan perjuanganmu untuk memartabatkan pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa..pengorbanan mu amat disanjung tinggi..apatah lagi 2017 ni akan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan negara daripada KBSM kepada KSMM untuk tingkatan 1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tinggal kenangan

Pada bulan disember 2015 semua meow kesayanganku telah tiada..huhuhu...mati kerana kena penyakit...apabila tengok ni rasa sedih pula kt meow ku yang disayangi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar menceritakan kata-kata



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

#throwback;Kenangan 2015

Begitu pantas masa berlalu...masih ku ingat lagi kenangan ini bersama mereka di pantai telekom.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fenomena K-Pop tercabarkah tarian tradisional di negara kita?

Pada era globalisasi ini,dunia telah merentasi sempadan baik corak pemikiran ,ekonomi,sosial mahupun budaya telah menujah dan merubah sedikit sebanyak cita rasa,fesyen dan kehidupan masyarakat kita.

Fenomena yang ketara melanda negara kini ialah K-Pop.Letusan K-Pop ini telah menjadi ikutan generasi muda malah yang berumur juga menerima tempias ini.Lihat saja pemakaian fesyen,cara tarian dan lagu-lagu yang kerap kali dimainkan dicorong radio.

Persoalannya adakah ia sementara waktu saja gelombang K-Pop yang melanda masyarakat kita? Bagaimana pula dengan tarian tradisional kita? Tiada tempat lagi ke di hati masyarakat kita? Jangan pula dipersembahkan hanya apabila ada program kebudayaan saja.

Sekiranya tarian tradisi kita semakin pudar di hati rakyat dan zaman yang akan menelan pencinta seni ini yang sedia ada masa kini serta ketiadaan penyambung daripada generasi baharu.maka apakah yang terjadi dengan tarian tradisi kita.Fikir-fikir dan renungilah. Seeloknya boleh menerima budaya K-Pop tapi dalam masa yang sama marilah kita mempertahan kebudayaan kita sendiri supaya tidak hanya tinggal di arkib atau di muzium satu masa nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah-buahan dan sayur-sayuran banyak khasiatnya

Setiap orang tahu bahawa buah-buahan dan sayuran mempunyai kesihatan yang banyak kepada tubuh badan kita.Tapi bagaimana pula penerimaan menu makanan ini oleh anak-anak?

Anak-anak kecil sudah tentu tidak mengemari kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang disediakan oleh ibu bapa mereka.Oleh itu,kaum ibu terutamanya mencari pelbagai alternatif untuk menghidangkan menu berkenaan kepada anak-anak mereka.Lihat saja iklan dalam tv, ingat tak dengan satu iklan yang ibu menyediakan buah-buahan atau sayur-sayuran maka anak itu mengatakan..."ahh, sayur", satu lagi ungkapan..."adik makan apa"? "adik makan yang adik sukalah"(buah dan sayur diketepikan oleh anak itu dan langsung tidak disentuhnya)

Oleh itu, ibu bapa atau orang dewasa sepatutnya menunjukkan contoh pemakanan yang baik kepada anak-anak.Umpamanya mengambil buah-buahan dahulu sebelum makan makanan kegemaran.

Selain itu, cuba tukar corak pemberian buah-buahan atau sayuran tadi dalam bentuk fizikalnya yang asal ke bentuk penyediaan jus minuman.Anak-anak akan melihat warna jus buah-buahan yang  menarik lalu tertarik untuk meminumnya.

Antara jus yang berkhasiat untuk mata anak-anak cubalah resipi ini.

Jus tembikai delima.
Bahan:
100g tembikai-dipotong
60g delima
50g ubi bit/karot,dipotong
100ml susu kacang soya
1 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan jus lemon
3 ketul ais
Cara membuat:
1.Masukkan ketulan tembikai,karot,delima,susu kacang soya,susu pekat manis,jus lemon dan ais ke dalam
bekas pengisar.
2.kisar sehingga hancur,lalu tapis.
3.Jeng..jeng jus siap untuk dituang ke dalam gelas hidangan. Minum segera.Selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS