RSS
Container Icon

Fenomena K-Pop tercabarkah tarian tradisional di negara kita?

Pada era globalisasi ini,dunia telah merentasi sempadan baik corak pemikiran ,ekonomi,sosial mahupun budaya telah menujah dan merubah sedikit sebanyak cita rasa,fesyen dan kehidupan masyarakat kita.

Fenomena yang ketara melanda negara kini ialah K-Pop.Letusan K-Pop ini telah menjadi ikutan generasi muda malah yang berumur juga menerima tempias ini.Lihat saja pemakaian fesyen,cara tarian dan lagu-lagu yang kerap kali dimainkan dicorong radio.

Persoalannya adakah ia sementara waktu saja gelombang K-Pop yang melanda masyarakat kita? Bagaimana pula dengan tarian tradisional kita? Tiada tempat lagi ke di hati masyarakat kita? Jangan pula dipersembahkan hanya apabila ada program kebudayaan saja.

Sekiranya tarian tradisi kita semakin pudar di hati rakyat dan zaman yang akan menelan pencinta seni ini yang sedia ada masa kini serta ketiadaan penyambung daripada generasi baharu.maka apakah yang terjadi dengan tarian tradisi kita.Fikir-fikir dan renungilah. Seeloknya boleh menerima budaya K-Pop tapi dalam masa yang sama marilah kita mempertahan kebudayaan kita sendiri supaya tidak hanya tinggal di arkib atau di muzium satu masa nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan