sila ikut papan tanda ni...kalu tak jumpa jgk rumah saya pandai-pandailah kau orang cari rumahku yang berwarna purple
Nak ke mana tu??? jom gi jln rumah saya
Maskulin...trampilkan diri mu
Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:
- Kepercayaan
- Pemikiran
- Perasaan
Komponen keterampilan diri termasuk:
- Penampilan secara fizikal
- Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda
- Perasaan harga diri dan keyakinan diri
Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:
- Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
- Mempunyai harga diri
- Berkeyakinan diri
Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:
- Malu pada diri anda sendiri
- Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
- Tidak suka berkawan
- Takut untuk menjalinkan hubungan
- Suka merendahkan diri anda sendiri
- Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, mengambil ubat dan mengurangkan pengambilan makanan dengan melampau
Tidak berbuat apa-apa akan:
- Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
- Merosakkan hubungan sosial anda
- Menjadikan anda sedih
- Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa
Lakukan yang berikut:
- Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka berkenaan dengan diri anda
- Memperkasakan perkara yang anda lebih suka dan perbaiki perkara yang anda tidak suka
- Jadikan anda berfikiran positif
- Amalkan cara hidup sihat
- Terima kritikan sebagai komen berguna
Anda boleh mendapat nasihat daripada:
- Ibu bapa anda
- Ahli keluarga yang boleh dipercayai
- Guru Kaunselor
- Guru Agama
Dapatkan bantuan pakar daripada:
- Pakar Psikologi
- Pakar Psikiatri (perubatan jiwa)
Resipi dapur lelaki maskulin
RESIPI AYAM SINGGANG MALASsemua resipi yang ada ni sesuai untuk anak bujang yang malas nak masak yang berat2 kat dapur.
Cara Peyediaan
-bersihkan ayam yang dipotong tadi
-panaskan periuk dan masukkan air-ikut kesesuaian dan kemahuan anda(jika nk kuah banyak maka banyaklah air)
-kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama kunyit dan serai
-selepas itu masukkan ayam tadi...kacau dan biarkan sehingga mendidih
-pastikan ayam tadi betul2 masak atau empuk-jeng..jeng resipi anda siap untuk dihidang dan dimakan.
MASAK BABY LOBAK/SAWI BERSOS LADA HITAM & SOS TIRAM
Nama dah jemput malas,maka resipi ini memang mudah dan sesuai untuk kaum adam yang malas nak ke dapur tetapi perut tetap mahu di isi.
Bahan-bahan
Tepung gandum-guna sukatan berdasarkan jum.org(geng ramai boleh guna 1/2 kilo)
Air secukupnya
2-3 biji telur (jika perlu)
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
Jika mahu rasa bawang anda bolehlah masukkan bawang merah/bawang besar
boleh juga masukkan pisang...mak aku sentiasa msk pisang ,katanya manis asli...dia panggil jemput pisang malas.hehe...
Cara membuatnya:-
-masukkan tepung gandum dalam bekas bersama air,sedikit garam,gula/pisang/bawang.Gaulkan.
-air jangan terlampau banyak.Jika air banyak adunan anda menjadi terlalu cecair.
-kemudian pecahkan dan masukkan telur.Gaul lagi sehingga sebati adunan jemput tadi.
-adunan telah siap...apa lagi letaklah kuali di atas dapur dan panaskan minyak.
-masukkan satu sudu adunan itu berulang kali...biar muat kualilah dan sesuai dgn minyak
-tunggu ia menjadi kekuningan.Bila masak angkat dan hidanglah panas-panas bersama kopi tongkat ali atau minuman kegemaran anda.
Bicara bajet 2012
Bajet 2012 telah pun dibentangkan oleh PM kita.Kali ini ada pihak yang mendapat manfaat daripada pembentangan bajet berkenaan terutama rakyat.Maka bajet kali ini bertepatan dengan cogankata "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan".Kita lihat rakyat dapat faedah besar dalam pendidikan.Tahun depan ibu bapa tidak perlu lagi membayar yuran persekolahan yang tinggal hanya yuran pibg.Agak-agak PIBG janganlah melamapu sangat dalam mengenakan bayaran.Perlu ikut situasi di mana sekolah berada dan pendapatan ibu bapa yang menghantar anak di sekolah berkenaan.
Selain itu,kakitangan awam juga tidak ketinggalan kerana mendapat kenaikan gaji yang berpatutan berdasarkan gred.Tapi janganlah pula kaum peniaga di luar sana mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.Jika harga barang semakin naik tiada juga kenikmatan naik gaji untuk dinikmati oleh kakitangan awam...kerana kos kehidupan meningkat.Oleh itu,peranan kerajaan amat penting dalam memantau harga barang.Para peniaga pula haruslah mempunyai sikap akuantabiliti(kebertanggungjawaban) terhadap pengguna.Manakala pengguna pula gunalah kuasa anda sebagai pembeli.
Apa pun bajet kali ini tidak menaikkan cukai ke atas barangan seperti rokok/arak...pada hemat saya eloklah kiranya cukai ke atas barangan ini dikenakann lebih tinggi bagi menggurangkan amalan merokok yang dikatakan membahaya kepada kesihatan.
Bajet 2010 bajet yang menyinari rakyat satu Malaysia.Bersyukurlah kita dengan apa yang diperoleh dan diberi oleh negara tercinta dan kecapilah keamanan ini dengan turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam apa jua bentuk pemberian.Moga nanti
bajet 2013 yang akan dibentang dalam bulan oktober 2012 lebih memberi kepuasan kepada setiap nafas manusia yang bernyawa di muka bumi Malaysia.











