RSS
Container Icon

Resipi dapur lelaki maskulin

RESIPI AYAM SINGGANG MALASsemua resipi yang ada ni sesuai untuk anak bujang yang malas nak masak yang berat2 kat dapur.

                   Foto diambil kat ats meja di rmh sewa...pinggang guna hadiah drpd sabun Daia..hehe 
 
Bahan:
Ayam-dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2cm halia
(semua bawang dan halia ditumbuk bersama sehingga lumat/separuh lumat
garam secukup rasa
penambah perisa/aji no secukup rasa
air
2 cm kunyit hidup-dihiris
Jika hndk boleh masukkan 2 btg serai...kalau tiada tak payah

Cara Peyediaan
-bersihkan ayam yang dipotong tadi
-panaskan periuk dan masukkan air-ikut kesesuaian dan kemahuan anda(jika nk kuah banyak maka banyaklah air)
-kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama kunyit dan serai
-selepas itu masukkan ayam tadi...kacau dan biarkan sehingga mendidih
-pastikan ayam tadi betul2 masak atau empuk-jeng..jeng resipi anda siap untuk dihidang dan dimakan.

MASAK BABY LOBAK/SAWI BERSOS LADA HITAM & SOS TIRAM


Bahan2
-sayur seperti kau orang tgk dlm gambar di atas
-lada merah besar
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-sedikit halia
-3 sudu besar sos lada hitam dan 2 sudu teh sos tiram
-sedikit garam dan penambah perasa (jika perlu)
-sedikit minyak masak untuk menumis
-boleh juga kalau nk masukkan udang kering
-sedikit bawang goreng untuk ditabur setelah sayur masak

Cara Memasak
-bersihkan sayur dan toskan
-tumis bawang merah,bawang putih dan halia yg tlh ditumbuk sehingga bangkit bau.Masa menumis masukkan terus lada merah besar.
-kmudian masukkan sayur tadi,lepas tu masukkan 3 sudu besar sos lada hitam dan 2 sudu teh sos tiram serta udang kering.Kacau sehingga sebati bahan tadi bersama sayur.biarkan ia masak.jangan terlampau lama memasak sayur.nanti tiada zat.
-Lepas tu angkat dan taburkan bawang goreng dan serbuk lada hitam/lada sulah/lada putih ke atas sayur tadi.Selamat menjamu selera.

GORENG KUIH JEMPUT MALAS


Nama dah jemput malas,maka resipi ini memang mudah dan sesuai untuk kaum adam yang malas nak ke dapur tetapi perut tetap mahu di isi.

Bahan-bahan
Tepung gandum-guna sukatan berdasarkan jum.org(geng ramai boleh guna 1/2 kilo)
Air secukupnya
2-3 biji telur (jika perlu)
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
Jika mahu rasa bawang anda bolehlah masukkan bawang merah/bawang besar
boleh juga masukkan pisang...mak aku sentiasa msk pisang ,katanya manis asli...dia panggil jemput pisang malas.hehe...

Cara membuatnya:-
-masukkan tepung gandum dalam bekas bersama air,sedikit garam,gula/pisang/bawang.Gaulkan.
-air jangan terlampau banyak.Jika air banyak adunan anda menjadi terlalu cecair.
-kemudian pecahkan dan masukkan telur.Gaul lagi sehingga sebati adunan jemput tadi.
-adunan telah siap...apa lagi letaklah kuali di atas dapur dan panaskan minyak.
-masukkan satu sudu adunan itu berulang kali...biar muat kualilah dan sesuai dgn minyak
-tunggu ia menjadi kekuningan.Bila masak angkat dan hidanglah panas-panas bersama kopi tongkat ali atau minuman kegemaran anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan