RSS
Container Icon

EHHH..APA YANG DI INTAI TU...KAN JATUH NANTI!

 Asal kitty ku ni namanya coklat tapi ekoran kenakalannya asyik bawa lari,bermain-main dengan stoking ku dan kadang kalanya disembunyikan stoking kat bwh sofa..jenuh aku mencari apabila time pagi2 nak pakai pergi keja...so last2 nama kitty ku ditukar jadi nama glamer yg baharu iaitu "STOKING" hahaha...

Ni satu lagi gelagat meowku...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resipi telur dadar dengan Cendawan dan Bayam

 


Maskulin di luar sana yang tinggal berjauhan dengan famili atau hidup single sudah tentu kadang kala kita malas nak makan kat luar ...nak masak tgk kat dapur ada telur je..lagipun telur lah yg mudah nak masak dan cepat...apa kata cuba resipi ni..selamat mencuba


Bahan-bahan:

1 sudu kecil

mentega

300 g

bayam, dihiris

200 g

cendawan butang, dihiris

4biji

telur(sama ada gred A/B)

1 sudu kecil

Ajinomoto/MAGGI CukupRasa/serbuk perasa

2 sudu kecil

mentega

 Cara Memasak

1. Panaskan mentega dalam kuali dan gorengkan cendawan hingga lembut dan bayam menjadi layu

2. Kemudian pukul telur danAjinomoto/MAGGI CukupRasa/mana2 serbuk perasa dalam mangkuk

3. Panaskan mentega dalam kuali pada suhu sederhana. Masukkan telur dan masak sehingga seminit atau hingga bahagian bawah telur dadar mulai masak

4. Angkat cendawan dan bayam, letakkan pada atas separuh daripada bancuhan telur tersebut

5. Akhir sekali lipatkan sebelah telur ke atas isinya

Jeng..jeng dah siap..resipi malas maskulin..hahaha...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAWATAN DAN PANDUAN @ AMALAN DALAM KEHIDUPAN


RAWATAN 1


RAWATAN 2


SENARAI  AYAT AL-QURAN PENAWAR PENYAKIT(INSYA-ALLAH DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA KUASA AKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT YANG DIHADAPI)



AMALAN@PANDUAN 1

AMALAN@ PANDUAN 2




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

satu tika dulu laman di casa mohaz

 Kenangan dulu-dulu menggamit kembali..first time deko di laman rumah..tapi kini dah tiada 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUSTAKA MAYA MOHAZ

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUKA KOLEKSI BENTUK KERETA

 

Apabila tengok sesuatu bentuk kereta hati terdetik nak beli...malah pernah dapat kotak pensil yang dihadiahkan berbentuk kereta...suka sangat walaupun kotak pensil...still simpan sampai hari ini..

Yang kecil comel atas kotak pensil kereta tu pula ialah pen drive mini cooper 1terabyte..cute kan..beli kat shopee time promosi



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOLEKSI TETIKUS

 

Entah apalah suka sangat membeli tetikus yang bentuk kereta..dah 3 buah beli ..pernah pakai ketiga-tiga tu sekejap..disebabkan sayang buat jadi koleksi pulak..habisnya dek sayang  guna mouse lain..


     😅😍3 tetikus kereta  telah ku parking bersama sebuah helikopter

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


 RAMADAN TAHUN 2021 TAK LAMA LAGI AKAN MELABUH PERGI..BERAMAL IBADAT UNTUK MEREBUT SEGALA PAHALA YANG ADA.KEMUDIAN AKAN MUNCUL 1 SYAWAL HARI KEGEMBIRAAN.TAPI DAH MASUK 2 KALI RAYA BONDAKU TAK BERAPA GEMBIRA KERANA ANAK-ANAK/CUCU-CICIT/PIUT YANG JAUH DIPERANTAUAN TAK DAPAT BALIK RAYA BERSAMA-SAMA EKORAN COVID-19 BELUM LAGI REDA DI MUKA BUMI MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA.YA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ENGKAU LAH JUA YANG MENGETAHUI BALA YANG TURUNKAN KEPADA MANUSIA..DAN AKU JUGA MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH ANGKATLAH KEMBALI BALA/PENYAKIT INI DARIPADA MUKA BUMI MU.


Jadi selamat menyambut aidil fitri adik beradikku dan sanak saudara di perantauan..tahun ni pintu rumah untuk  raya tutup ye..jimat duit raya...hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pokok Bunga Ruellia Warna unggu,Putih dan Merah Jambu ku berbunga cantik


Pokok bunga ruellia yang warna purple ni cukup mudah ditanam...guna keratan batang je...senang hidup dan berbunga jika kena cahaya matahari,,Kalau tuannya lupa siram atau sibuk 2 -3 hari bunga ni masih lagi hidup dan tetap gah berbungga.Seronoknya tuan kalau bunganya yang lain macam ni jugak.hihi..




Manakala bunga ruellia yang warna putih  dan pink ni susah cikit nak hidup..dah beberapa kali cuba semai batang tapi asyik kojol je..haha.. ,semai dah banyak tapi adalah hidup sepokok dua...aku tanam bulan 9 tahun 2019 dan nampak gaya bln april 2020 ni bunga ruellia putih dan pink ku mula berbunga walaupun sekuntum je tapi rasa puas hati dah lah ...nanti besar cepat2 ye..tuan nak kerat batang nak semai dan perbanyakkan lagi.Pasal tuan nak menyibuk diri dan menghilangkan kepuasan dgn cara berkebun ekoran PKP Covid -19...boring giler duk dlm rumah saja.. jadi utk hilang bosan mailah kita berkebun. tak tahulah pokok ni khasiat dan kegunaannya apa? Malas pula nak tanya pak cik google.

                                    sekuntum je bunga pink dah baru belajar berbunga


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUNGAKU MEKAR DI MUSIM COVID-19 DAN KEMARAU


Bunga ekor kucing ini rupanya-rupanya boleh dijadikan ubat mengikut apa yang aku baca dalam majalah Laman.

                ekor kucing yang ditanam dalam pasu...cantik warna merah dan baldu

Ni spesies yang kecil dan pokok bunga gantung..yang ni aku panggil bunga ekor anak kucing..



Pokok rerama kat rumah aku ada dua jenis satu yang berdaun merah dan satu lagi yang berdaun hijau...yang hijau itu sebenarnya induknya dah mati..tetiba aku lihat anaknya tumbuh dlm bks pam air tandas yg ku ubah suai jadi pasu bunga...tak membazir duit.hihi..





Bunga Lolipop yang ada kat rumah aku warna merah je..yg ni senang disemai dan mudah hidup dan suka berbunga kalau kena cahaya matahari tetapi cepat layu kalau malas untuk disiram.Katanya bunga ini juga ada warna kuning tetapi banyak kali dah aku singgah kat beberapa nurseri yang biasa aku membeli tetapi setakat ni tiada lagi.

                                     Bunga lolipop yang warna merah kat rumah aku



Ni pula yang aku ingin miliki..gambar ni aku cari n tanya dengan pak cik net (internet)😄😃😃😄

hah..baru berbunga setelah sekian lama tanam spesies bromiliad..apapun cantik juga bunganya..rasa tenang dan damai.

selamat mekar bunga2 ku di taman  Casa Mohaz Nuansa Impiana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERIA DAN CERITA ANAK SAUDARA SERTA CUCU SAUDARA





2020 KINI MUNCUL MAKA AKU PUN BARU MUNCUL MENULIS DALAM LAMAN BLOG KU KALI INI. HAHA..HAHA...CUTI PKP COVID -19 INI BARU ADA KELAPANGAN MASA UNTUK MENULIS.

Cerita ku tentang ragam anak-anak saudara dan cucu saudara (wah dah belia diriku...gelaran tok cik kini..hihi..hihi)








Yang baru lahir dalam bln covid ni pun ada..besar sungguh..waaaaa..tak dpt tgk kt alam relaiti wajah anak saudara yang baru lahir.selamat datang ke dunia...tambah lah cucu perempuan tok umi..sebelum ini cucu dan cicitnya ramai lelaki

                                                            Yang Baru Lahir

Yang baru dapat berjalan pun ada..hikmah pkp..masuk umur hampir 2 tahun baru dapat berjalan..suka sangatlah acik..pasal balik ni tak payah nak berdukung lagi..berat sangat..kerjanya anak saudara aku seorang ni makan...kemudian makan..berdukung..pahtu makan..kini  dalam masa 2 3 hari cite ini  ditulis mukhriz baru dapat berjalan...adiknya( muazzan) yang baru lahir penghujung tahun lepas pun begitu minum susu kmdn tidur..dah debak n tembam dah wajahnya ku tengok


                                  Yang Kuat Makan & baru dapat berjalan




yang  wajah dua orang yang bergaya n berfesyen cermin mata tu sekarang ni pula semakin membesar....mikhail n fizi...peminat setia  permainan kereta kat kedai eco 2 

                                  Yang pakai cermin mata
                     Yang kereta merah tu Fizi n Yang Kereta Putih tu Mikhail

Yang ini pula Adam..macam cite2  lah n ragam Adam ni...dah besar jugak ye..dah hampir setahun tak tengok...maklmulah skrg ni lagi tak dapat tgk kerana PKP dan kedua orang tua Adam pula barisan hadapan cegah Covid-19...Adam jangan nakal2 ye...papa dan mama nk berkhidmat untuk negara


       Yang ni Adam (nama senang nk panggil ..pendek,,tapi nama bapa panjang..hihi)


Yang ni lain..tuan dah besar tapi disuruh panggil baby..kat tadikanya kalau cikgu panggil namanya tak jawab....wah tok cik tengok baby dah pandai menulis ye...


                                    Yang ini baby tapi bukan bayi ye..haha

Ehhh...mana gambar anak saudara n cucu saudara yang lain lagi ni...lah tiada dalam simpanan gallery komputer...Habib n adik ...Chaq n dik Ya...yussof, kodir,  fatin n adk syazana ..abg kpd baby(laa..tok cik tak ingat nama)..kena cite next siri lah..hihi... in the end story part 1...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lama Tak Menulis

Hampir setahun 4 bulan tak menulis kat blog ini..agak sibuk sikit..tiba-tiba dah tahun 2018
 Tapi apa pula yang hendak ditulis ini...

Coretan kali ini berkaitan penglibatan penulis sebagai pembentang kajian tindakan peringkat kebangsaan...tup..tup kali ini pengalaman pembentang kajian untuk kali kedua,tapi yang bezanya wakil untuk sekolah baharu dan daerah Besut.

Ni..buku prosiding yang diterbitkan dan dalam buku ini ada kertas kajian penulis.

Gambar 4 orang pelajar yang menjadi kumpulan sasaran penulis...mereka tengah buat ujian pra tu...fikir jangan tak fikir ye..hihi

  muka cute (hahaha ...perasaaan angkat diri sendiri) dan pipi semakin tembam ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG 2017

 Hai,apa khabar semua? Beberapa hari lagi tahun 2016 akan mengensot pergi..cuti sekolah pun dah hampir tamat...tahniah kepada adik-adik yang telah mengambil keputusan UPSR dan PT3.Bagi pelajar SPM dan STPM yang sedang menunggu keputusan peperiksaan tu bolehlah menghabiskan masa lapang dengan membantu emak ayah atau melakukan kerja sambilan.Untuk para guru teruskan perjuanganmu untuk memartabatkan pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa..pengorbanan mu amat disanjung tinggi..apatah lagi 2017 ni akan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan negara daripada KBSM kepada KSMM untuk tingkatan 1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tinggal kenangan

Pada bulan disember 2015 semua meow kesayanganku telah tiada..huhuhu...mati kerana kena penyakit...apabila tengok ni rasa sedih pula kt meow ku yang disayangi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar menceritakan kata-kata



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

#throwback;Kenangan 2015

Begitu pantas masa berlalu...masih ku ingat lagi kenangan ini bersama mereka di pantai telekom.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fenomena K-Pop tercabarkah tarian tradisional di negara kita?

Pada era globalisasi ini,dunia telah merentasi sempadan baik corak pemikiran ,ekonomi,sosial mahupun budaya telah menujah dan merubah sedikit sebanyak cita rasa,fesyen dan kehidupan masyarakat kita.

Fenomena yang ketara melanda negara kini ialah K-Pop.Letusan K-Pop ini telah menjadi ikutan generasi muda malah yang berumur juga menerima tempias ini.Lihat saja pemakaian fesyen,cara tarian dan lagu-lagu yang kerap kali dimainkan dicorong radio.

Persoalannya adakah ia sementara waktu saja gelombang K-Pop yang melanda masyarakat kita? Bagaimana pula dengan tarian tradisional kita? Tiada tempat lagi ke di hati masyarakat kita? Jangan pula dipersembahkan hanya apabila ada program kebudayaan saja.

Sekiranya tarian tradisi kita semakin pudar di hati rakyat dan zaman yang akan menelan pencinta seni ini yang sedia ada masa kini serta ketiadaan penyambung daripada generasi baharu.maka apakah yang terjadi dengan tarian tradisi kita.Fikir-fikir dan renungilah. Seeloknya boleh menerima budaya K-Pop tapi dalam masa yang sama marilah kita mempertahan kebudayaan kita sendiri supaya tidak hanya tinggal di arkib atau di muzium satu masa nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah-buahan dan sayur-sayuran banyak khasiatnya

Setiap orang tahu bahawa buah-buahan dan sayuran mempunyai kesihatan yang banyak kepada tubuh badan kita.Tapi bagaimana pula penerimaan menu makanan ini oleh anak-anak?

Anak-anak kecil sudah tentu tidak mengemari kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang disediakan oleh ibu bapa mereka.Oleh itu,kaum ibu terutamanya mencari pelbagai alternatif untuk menghidangkan menu berkenaan kepada anak-anak mereka.Lihat saja iklan dalam tv, ingat tak dengan satu iklan yang ibu menyediakan buah-buahan atau sayur-sayuran maka anak itu mengatakan..."ahh, sayur", satu lagi ungkapan..."adik makan apa"? "adik makan yang adik sukalah"(buah dan sayur diketepikan oleh anak itu dan langsung tidak disentuhnya)

Oleh itu, ibu bapa atau orang dewasa sepatutnya menunjukkan contoh pemakanan yang baik kepada anak-anak.Umpamanya mengambil buah-buahan dahulu sebelum makan makanan kegemaran.

Selain itu, cuba tukar corak pemberian buah-buahan atau sayuran tadi dalam bentuk fizikalnya yang asal ke bentuk penyediaan jus minuman.Anak-anak akan melihat warna jus buah-buahan yang  menarik lalu tertarik untuk meminumnya.

Antara jus yang berkhasiat untuk mata anak-anak cubalah resipi ini.

Jus tembikai delima.
Bahan:
100g tembikai-dipotong
60g delima
50g ubi bit/karot,dipotong
100ml susu kacang soya
1 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan jus lemon
3 ketul ais
Cara membuat:
1.Masukkan ketulan tembikai,karot,delima,susu kacang soya,susu pekat manis,jus lemon dan ais ke dalam
bekas pengisar.
2.kisar sehingga hancur,lalu tapis.
3.Jeng..jeng jus siap untuk dituang ke dalam gelas hidangan. Minum segera.Selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

koleksi bungaku

lihat sendirilah ye koleksi bunga yang sedang mekar dan menghijau.malas nak taip atau cerita panjang-panjang.Layan je la foto-foto tersebut...kerana kata orang sekeping foto membawa seribu makna.

bunga teko maria jingga n kuning


bunga ni namanya bunga anak ekor kucing

bunga ros/mawar


orkid purple

spesis janda kaya

janda kaya putih

kemboja merah tua

orkid kuning

orkid purple  muda

bunga rambutan/rain flower

spesis melati

pokok bunga bungor

spesis melati

bunga raya pink

bunga raya kuning


tak tahu la nama apa bunga ni

spesis bunga siantan/exora...kaki tuan punya bunga pun masuk blog jgk...tumpang glamer

spesis bromiliad


puding daun bihun

puding daun halus berbintik

puding daun rambut

puding dan bunga loceng

bunga kertas




orkid tanah/lady sliper

bunga raya susun

bunga raya bertingkat merah

bunga ekor kucing...perasaan tak bunga yg ni lbh panjang dari pic kat atas yg saya panggil ekor anak kucing

ros or kemboja jepun...dah lupa nama..nk rujuk buku malas.sory la ye

bunga burung

eh...bunga ros palsu pun masuk jgk

yg ni pun palsu...dalam pasu tu bunga heliconia yg dipanggil bird pardise

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS