SUKA KOLEKSI BENTUK KERETA
Apabila tengok sesuatu bentuk kereta hati terdetik nak beli...malah pernah dapat kotak pensil yang dihadiahkan berbentuk kereta...suka sangat walaupun kotak pensil...still simpan sampai hari ini..
Yang kecil comel atas kotak pensil kereta tu pula ialah pen drive mini cooper 1terabyte..cute kan..beli kat shopee time promosi
KOLEKSI TETIKUS
Entah apalah suka sangat membeli tetikus yang bentuk kereta..dah 3 buah beli ..pernah pakai ketiga-tiga tu sekejap..disebabkan sayang buat jadi koleksi pulak..habisnya dek sayang guna mouse lain..
😅😍3 tetikus kereta telah ku parking bersama sebuah helikopter
RAMADAN TAHUN 2021 TAK LAMA LAGI AKAN MELABUH PERGI..BERAMAL IBADAT UNTUK MEREBUT SEGALA PAHALA YANG ADA.KEMUDIAN AKAN MUNCUL 1 SYAWAL HARI KEGEMBIRAAN.TAPI DAH MASUK 2 KALI RAYA BONDAKU TAK BERAPA GEMBIRA KERANA ANAK-ANAK/CUCU-CICIT/PIUT YANG JAUH DIPERANTAUAN TAK DAPAT BALIK RAYA BERSAMA-SAMA EKORAN COVID-19 BELUM LAGI REDA DI MUKA BUMI MALAYSIA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA.YA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ENGKAU LAH JUA YANG MENGETAHUI BALA YANG TURUNKAN KEPADA MANUSIA..DAN AKU JUGA MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH ANGKATLAH KEMBALI BALA/PENYAKIT INI DARIPADA MUKA BUMI MU.
Jadi selamat menyambut aidil fitri adik beradikku dan sanak saudara di perantauan..tahun ni pintu rumah untuk raya tutup ye..jimat duit raya...hahahaha
Pokok Bunga Ruellia Warna unggu,Putih dan Merah Jambu ku berbunga cantik
Pokok bunga ruellia yang warna purple ni cukup mudah ditanam...guna keratan batang je...senang hidup dan berbunga jika kena cahaya matahari,,Kalau tuannya lupa siram atau sibuk 2 -3 hari bunga ni masih lagi hidup dan tetap gah berbungga.Seronoknya tuan kalau bunganya yang lain macam ni jugak.hihi..
Manakala bunga ruellia yang warna putih dan pink ni susah cikit nak hidup..dah beberapa kali cuba semai batang tapi asyik kojol je..haha.. ,semai dah banyak tapi adalah hidup sepokok dua...aku tanam bulan 9 tahun 2019 dan nampak gaya bln april 2020 ni bunga ruellia putih dan pink ku mula berbunga walaupun sekuntum je tapi rasa puas hati dah lah ...nanti besar cepat2 ye..tuan nak kerat batang nak semai dan perbanyakkan lagi.Pasal tuan nak menyibuk diri dan menghilangkan kepuasan dgn cara berkebun ekoran PKP Covid -19...boring giler duk dlm rumah saja.. jadi utk hilang bosan mailah kita berkebun. tak tahulah pokok ni khasiat dan kegunaannya apa? Malas pula nak tanya pak cik google.
sekuntum je bunga pink dah baru belajar berbunga
BUNGAKU MEKAR DI MUSIM COVID-19 DAN KEMARAU
Bunga ekor kucing ini rupanya-rupanya boleh dijadikan ubat mengikut apa yang aku baca dalam majalah Laman.
Ni spesies yang kecil dan pokok bunga gantung..yang ni aku panggil bunga ekor anak kucing..
Pokok rerama kat rumah aku ada dua jenis satu yang berdaun merah dan satu lagi yang berdaun hijau...yang hijau itu sebenarnya induknya dah mati..tetiba aku lihat anaknya tumbuh dlm bks pam air tandas yg ku ubah suai jadi pasu bunga...tak membazir duit.hihi..
Bunga Lolipop yang ada kat rumah aku warna merah je..yg ni senang disemai dan mudah hidup dan suka berbunga kalau kena cahaya matahari tetapi cepat layu kalau malas untuk disiram.Katanya bunga ini juga ada warna kuning tetapi banyak kali dah aku singgah kat beberapa nurseri yang biasa aku membeli tetapi setakat ni tiada lagi.
Bunga lolipop yang warna merah kat rumah aku
Ni pula yang aku ingin miliki..gambar ni aku cari n tanya dengan pak cik net (internet)😄😃😃😄
hah..baru berbunga setelah sekian lama tanam spesies bromiliad..apapun cantik juga bunganya..rasa tenang dan damai.
selamat mekar bunga2 ku di taman Casa Mohaz Nuansa Impiana.
CERIA DAN CERITA ANAK SAUDARA SERTA CUCU SAUDARA

























