Pagar rumahku ini siap dicat sendiri oleh tuannya pada musim cuti sekolah bulan Jun 2013.Hampir setahun pagar ini dah siap.Akhirnya berjaya juga aku dapat ilham untuk warna pagar rumahku ini.
Pagar Rumahku
Masa cuti kena menghadiri kursus PBS ting.2
Apalah nasib masa cuti kena datang kursus,3 hari pula tu.Apa boleh buat dah menjadi tugas.Maklumlah saya yang menurut perintah. Yang satu hal nak cerita,PBS ni memeningkan kepala sikit.Banyak pula nak kena buat deskriptor dan evidennya.
![]() |
| surat arahan untuk berkursus Antara peserta kursus daerah Kemaman yang hadir...mana lelaki ni ...perempuan je...sebenarnya lelaki ada 4 orang saja termasuk aku n Ju Ni Ju kursus PBS |
Gazebo baruku..
Nakal ke nama bunga ni
kau orang pasti dah pernah dengar nama pokok bunga jada kaya yang ada warna merah dan putih.
Tapi yang ni ada satu lagi spsesis janda tapi namanya pokok janda merana...sedihkan..dahlah ditinggalkan..hidupnya pula merana...tapi pokok aku ni taklah merana baru je 2 minggu ditanam ia dah menampakkan daun-daunnya semakin banyak dan mula berjuntai atau tunduk ke bawah...mungkin sebab ia berjuntai dan tunduk ke bawah tu kot mgkn kita panggilnya pokok janda merana...itu teori akulah.hehhe...
bunga asli tp macam plastik
aku tak tahu apakah nama bunga ni..bunga ni aku letak kat atas akuarium.Ramai yg kata macam bunga plastik tapi sebenarnya ia bunga asli.
ni baby cute yg baru sebulan dilahirkan
cute..tak my cute kitty baby ni..warnanya semua putih ..tak sama ddgn warna ibu nya black n white
nk tayang mukanya juga
ni face n warna mak Putih...black n white
eh..ni siapa plak tumpang glamer..ni namanya baby yellow yg sentiasa
setia berada di sisiku kerana baby ni dpt bertemu dengan tuannya
apabila aku pulang daripada cuti je...comel kan..nanti tuan beli whiskas ye..
proses siapkan pagar rumahku
...angkara si nama pencuri masuk rumah ku selepas raya puasa 2012..jadi tanggal 22 september 2012 bermulalah riwayat pagar dawai besi hijau habiskan perkhidmatannya dan diganti dengan pagar simen...kat bawah ni ditunjukkan foto tukang buat pagar rumahku





























